Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Saturday, November 5, 2016

Enam (5)

Nadi

"Dah balik dah?"


Aku pandang ke arah suara itu. Kelihatan ibu aku sedang duduk menonton televisyen. Aku melangkah ke arah ibu aku dan duduk di sebelahnya.


"Haah. Ni ibu kenapa tak tidur lagi? Dah pukul berapa dah ni?" soal aku.


"Ibu tunggu Nadi lah. Lambat betul balik," jawab ibu.


"La, kenapa tunggu Nadi? Macam ibu tak tahu pula kerja dekat restoren tu macammana," ujar aku.


"Bila Nadi nak berhenti kerja tu dan kerja dekat company ayah?" soal ibu.


Aku dah agak, mesti ibu akan tanya soalan tu. Masa aku buat keputusan nak kerja dekat restoren Adib, ibu aku larang. Dia kata buat apa nak ikut jalan jauh kalau aku ada pas untuk jalan shortcut. Tapi lepas aku pujuk punya pujuk, akhirnya dia kasi aku kerja situ.


"Biarlah Nadi cari pengalaman dulu jadi kuli. Nadi tak nak jadi bongkak dan sombong macam dulu lagi. Nadi nak berubah. Nadi nak jadi orang yang lebih baik. Yang lebih menghargai orang lain," jawab aku.


Betul. Dulu aku lah manusia yang paling sombong. Aku ni kira dibesarkan dalam keluarga yang sangat sangat kaya. Ayah aku shareholder terbesar dalam company keluarga mak aku. Memandangkan mak aku anak tunggal, jadi mak aku beri share dia dekat ayah aku sebab mak aku nak fokus jaga aku dulu. Jadi, bila aku dah biasa kaya, aku selalu tak menghargai orang-orang yang kerja untuk aku. Aku selalu maki. Tipikal gadis kaya yang sombong dan bongkak. Itulah aku. Sampailah satu peristiwa yang mengubah aku seperti sekarang. Aku tak nak ungkit balik peristiwa tu.


"Ibu faham. Ibu pun suka Nadi dah berubah sekarang. Tapi ayah perlukan bantuan Nadi dekat pejabat. Dan ibu risaulah Nadi balik kerja malam-malam macamni naik moto," ujar ibu aku.


Aku senyum, "ibu jangan risau. InsyaAllah tak ada apa-apa akan jadi dekat Nadi. Allah ada untuk jaga Nadi."


Ibu buka mulut dan bercakap lagi tapi aku cepat-cepat peluk ibu, "dahlah, jom tidur! Nadi dah mengantuk ni."


Aku bangun dan tutup televisyen. Aku takut nanti ibu aku suruh aku bawa kereta pergi kerja. Kereta kalau jenama biasa tak apa, ini kereta BMW. Kau rasa orang percaya tak waitress pakai BMW? Bayar bulan-bulan pun dah melebihi gaji sebulan aku!



Ed


Aku pandang ke arah wanita di hadapan aku. Aku dengan dia ni dah selalu jumpa. Ye lah, nak jumpa mak bapak dia kan. Mestilah aku kena kenal dengan dengan dia. Karang kantoi pula aku berlakon je sebagai calon suami dia. Haih, macammana entah aku boleh setuju dengan idea gila dia ni. Tapi kalau aku tak setuju, aku takut dia kena tipu dengan orang lain.


"Dah cakap ke dengan mak ayah awak?" soal aku.


Dia anggukkan kepalanya, "dah cakap dah. Diorang excited nak jumpa awak."


"Ish, takut pula saya," ujar aku.


"Pernah duduk kampung tak?" soal dia.


Aku gelengkan kepala aku.


"Dah agak dah," ujar dia.


Aku angkat kening, "apa yang awak dah agak?"


"Dah agak lah awak ni bukan berasal dari kampung," jawab dia.


"What? Dekat dahi saya ada cop budak bandar ke?" aku gelak.


Nampak sangat ke aku ni budak bandar? Ya, memang aku ni dibesarkan dekat bandar. Mak ayah aku pun dibesarkan dekat bandar. Jadi, aku tak pernah merasa duduk kampung. Dulu waktu kecik-kecik, aku selalu nak ikut kawan aku balik kampung tapi mak ayah aku tak pernah izinkan. Jadi sampai sekarang aku tak pernah duduk kampung.


"Tapi rumah awak tu kampung sangat ke? Ada perigi ke?" soal aku.


Takut pula aku karang pergi, rumah dia kampung yang mandi pakai perigi, masak pakai kayu api.


Dia gelak, "perigi tu ada tapi ada juga shower macam kita biasa pakai tu."


Jadi tak ada lah kampung sangat. Ala, aku boleh adapt punya. Hal kecil je ni. Kan Ed?



Mia


Padan dengan muka aku. Siapa suruh tak reti control temper? Kan dah susah. Aku pandang Dhia yang tergelak mendengar cerita aku. Dia ni pun satu. Member tengah susah hati, dia boleh bantai gelak.


"Tu lah kau, dah banyak kali aku pesan jangan ikutkan perasaan sangat. Kau degil. Habis berapa ribu duit kau kena ganti?" soal Dhia.


"Sebulan gaji aku jugak lah," jawab aku.


"Habis macammana? Kau ada duit tak?" soal Dhia.


"Ada tu ada tapi sayanglah nak guna duit simpanan. Aku dah cakap dengan dia, aku bayar secara ansuran," jawab aku.


"Dia okay tak?" soal Dhia.


Aku angguk, "aku rasa dia okay je. Ala, dia banyak duit kot. Bagi dia, nilai tu takde benda sangat."


Haih. Menyesal tak berlagu aku pergi serang kafe dia. Mia, belajarlah dari pengajaran. Lepasni jangan ikutkan perasaan sangat.


"Aku ada idea," ujar Dhia tiba-tiba.


Aku angkat kening, "apa?"


"Kau ngoratlah dia. Untung-untung boleh jadi boyfriend. Tak untung, at least boleh lepas hutang kau," Dhia angkat kening.


Terus aku campak kusyen dekat Dhia. Idea apa yang dia kasi aku ni? Ni macam nak menjual diri.


"Gila!" marah aku.


Dhia gelak,  "ala, kau pergi je la jumpa dia. Cakap 'sorry, haritu saya ikutkan perasaan sangat. Boleh tak kita lupakan je apa yang berlaku?' ha cakap macamtu."


"Aku lagi rela bayar la dari minta maaf dekat dia. Dah, kau jangan bagi idea gila tu. Aku takkan sesekali minta maaf dekat dia," ujar aku dengan angkuhnya.


Tak namanya Mia lah kalau ego tak setinggi langit. Mana pernah aku minta maaf walaupun tu memang salah aku. Aku lagi rela kena pukul la dari minta maaf. Heh.



Adib


Apa lagi la perempuan ni nak dari aku? Kan aku dah bagi nombor akaun aku. Buat apa pula dia datang kafe aku ni? Ish, menyusahkan aku betul lah.


"Ada apa?" soal aku.


Dia senyum. Dah kenapa nak senyum senyum dekat aku ni? Haritu marah kemain lagi. Tapi eh comel juga dia senyum.


"Tak ada apa-apa. Tak boleh ke saya nak makan dekat sini?" soal dia.


Amboi, senyuman perli rupanya dia bagi aku. Ei perempuan ni, geram pula aku tengok. Aku bangun.


"Patutlah kau tegur masakan aku masin kan, rupa-rupanya kau ada kedai sendiri."


Aku pandang dia pelik. Dah kenapa pula dia ni? Bila masa pula aku tegur lauk dia masin? Kejap, dia ni bukan jiran lama aku ke?


"Ya, aku lah jiran lama kau. Tak kenal ke?" soal dia.


Aku kerut dahi. Kalau aku kenal pun kenapa? Apa kaitannya dengan situasi sekang?


"Kira kita dah even lah kan? Kau kutuk masakan aku, aku langgar kereta kau. Kira kosong kosong lah kan?" dia angkat kening.


Perbandingan apakah yang dia buat ni? Langgar kereta dengan kutuk masakan? Tak masuk akal lah dia ni.


"Aku bukan tak ada duit nak bayar kau tapi kalau ikutkan sakit hati aku bila kau tegur masakan aku dulu, aku rasa tu lagi mahal kot. Kereta boleh baiki tapi hati yang terguris siapa boleh ganti?" ujar dia lagi.


Ya Allah, minah ni serious twisted. Dia punya putar belit tu level dewa aku rasa.


Dia bangun, "okaylah, saya balik dulu. By the way, cantik kafe awak."


Dia nak melangkah pergi tapi aku panggil
Dia pusing pandang aku.


"Biar aku ganti hati kau yang terguris tu dan kau ganti kereta aku," ujar aku.


Heh, nak main game dengan aku konon. Kau belum kenal lagi siapa Adib ni. Aku nampak dia sedikit terkejut dengan kata-kata aku. Sekarang baru buku bertemu ruas kan?



Raid


Harini entah kenapa kelas dengan Dr Dhia batal. Aduh, tak dapat aku tengok wajah manis Dr. Dhia. Agak-agaknya kenapa dia ambil cuti ya?


"Hoi, kau ajak aku lepak lepastu kau termenung. Aku balik lah macamni."


Aku pandang Nadi yang tengah sedut minuman dia.


"Mana ada termenung. Ni kau bukan kerja ke harini?" soal aku.


"Kan haritu cuti aku boss ganggu. Ni kira bayar balik la ni," jawab Nadi.


"Ha tadi kan aku nampak perempuan yang buat drama tu lagi kat kafe," cerita aku.


"Perempuan buat drama?" Nadi kerut dahi.


"Ala, yang mengamuk cari boss haritu tu," aku ingatkan Nadi.


Nadi petik jari, "ha kenapa dia datang kalini?"


"Entah. Aku tengok dia dengan boss duduk semeja. Aku pun tak tahu kenapa. Tapi aku ada dengar dia sebut pasal hati terguris la, langgar kereta lah, tapi tak tahu apa maksud dia," cerita aku.


"Wow kau ni boleh tahan gak kaki gossip kan?" Nadi gelak.


"Nampak macam tak senonoh kan orang tua macam aku kaki gossip. Tapi nak buat macammana dah aku ni berkawan dengan budak budak remaja, pemikiran aku pun dah jadi macam remaja," aku gelak.


"Sebenarnya umur kau berapa weh? Aku tahu lah kau tua tapi setua mana kau ni?" Nadi angkat kening.


"Kalau ikutkan umur aku ni, aku patutnya dah ada kerja stabil, dah ada kereta, dah tengah merancang nak kahwin dah," aku gelak.


"Fuh, kira tua juga kau ni," Nadi turut tergelak.


"Habis kau? Kau tak terfikir ke nak sambung belajar? Kau ni aku tengok macam pandai tapi kenapa sia-siakan?" soal aku.


Betullah. Aku tengok Nadi ni macam orang pandai-pandai. Rugi lah kalau dia sia-siakan.


"Malaslah. Lagipun ekonomi sekarang bukan stabil mana pun. Orang yang ada degree pun kerja promoter," ujar Nadi


"Tapi at least dia ada degree. Ilmu ni luas Nadi. Memang sekarang kau rasa benda tu tak penting. Mungkin kau rasa, orang lepasan spm pun boleh kaya. Ya, memang betul. Tapi berapa ramai? If you are lucky enough, then kau bolehlah jadi kaya. Kalau tidak?" bebel aku.


"Tapi tak semestinya ada degree boleh jadi kaya," balas Nadi.


"Ada apa dengan kekayaan Nadi? At least dengan pelajaran, kau boleh jadi manusia yang lebih baik. Bukan ke kita diseru untuk belajar selagi kita boleh?" aku angkat kening.


Nadi diam.


"Aku dah anggap kau macam adik aku. Aku rasa sayang kalau kau tak sambung belajar. Nanti dah tua macam aku, baru menyesal. Dengan ekonomi negara kita sekarang ni, susah nak cari kerja. Macam kau cakap lah, orang ada degree pun kerja promoter. Inikan kita yang lepasan spm je ni? Lagilah susah," ujar aku.


"Aku faham. InsyaAllah, aku akan fikirkan kata-kata kau," ujar Nadi.


"Eh, dah malam ni. Jom lah balik. Kau dahlah bawa motor. Bahaya tau malam-malamni," ujar aku.


"Nak buat macammana? Takde duit nak beli kereta. Motor je lah mampu," Nadi gelak.


"Kau doakanlah aku kaya. Nanti aku kaya-raya, aku belikan kau kereta okay?" aku kenyit mata.


"Amboi, sempat lagi nak mengorat! Geli lah weh," Nadi gelak lagi.


Aku hanya tersenyum. Ala, dia ni aku dah anggap macam adik aku. Memang dah biasa dah aku sakat dia macamni, dia pun faham.



Dhia


"Assalamualaikum mak," ucap aku.


Mak aku keluar dari rumah, "waalaikumusalam. Ha Dhia, dah sampai dah. Masuk masuk."


Aku pandang Ed di sebelah, "jom masuk."


Ed angguk. Kami melangkah masuk ke dalam rumah kampung aku tu.


"Ni ke si polan yang kamu cakap tu Dhia?" soal mak aku.


Aku angguk, "ha mak, nama dia Ed,"


"Ed? Nama apa tu? Macam nama orang putih," ujar mak aku.


Ed senyum. Mungkin tak tahu nak balas apa.


"Duduklah dulu. Mak cik buat air kejap," ujar mak aku.


Mak aku terus berlalu ke dapur.


"Duduklah dulu. Saya pergi dapur kejap," ujar aku.


"Kejap, mana ayah awak?" soal Ed.


"Kat surau kot," jawab aku.


Ed angguk. Aku berlalu ke dapur.


"Mak, abah mana?" soal aku.


"Mana lagi abah kamu nak pergi? Ke surau lah apa lagi," jawab mak aku.


Aku keluarkan dulang dan susun cawan.


"Ni kamu punya pakwe tu, segak orangnya. Bila lagi nak hantar rombongan?" soal mak aku.


"Mak ni. Nantilah. Orang baru kenal dia, takkan nak terus ajak kahwin," jawab aku.


"Mak bukan apa, kamu tu dah tua dah. Tengok kakak kakak..."


"Ya, mak. Orang tahu. Nanti bila sampai jodoh, orang kahwin lah," ujar aku.


Aku angkat dulang berisi air dan bawa ke depan. Mak aku ikut aku dari belakang. Kelihatan si Ed sedang berbual dengan ayah aku yang entah bila pulangnya.


"Bila abah balik?" soal aku sambil letak dulang di atas meja.


"Baru je ni," jawab abah.


Aku salam dengan abah. Kemudian, aku duduk di sebelah Ed.


"Ni Ed asal orang mana ni?" soal mak.


"Saya orang K.L mak cik," jawab Ed.


"Oh, umur berapa ni?" soal mak lagi.


"Tua dua tahun dari Dhia," jawab Ed lagi.


"Kerja apa?" soal mak.


"Saya arkitek mak cik," jawab Ed.


"Sudah lah tu awaknya. Dah macam polis pencen dah saya tengok awak ni," sampuk abah.


"Eh takpe pakcik. Saya faham. Mesti mak cik risau Dhia keluar dengan siapa. Ye lah, Dhia ni kan lawa orangnya, siapa yang tak risau kan?" ujar Ed.


"Kan? Tengok abahnya, dia pun faham," ujar mak.


Aku hanya tersenyum je pandang mereka.


"Kamu nak tahu tak Dhia?" soal mak.


"Tahu apa?" soal aku balik.


"Budak yang mak nak jodohkan kamu tu, rupa-rupanya dia belajar lagi," jawab mak.


"Belajar lagi? Dia ambil pHd ke mak?" soal aku.


"Tak tahu lah mak. Tapi dia belajar dekat universiti yang kamu ajar tu. Takkan kamu tak pernah nampak dia kot?" soal mak.


"Universiti orang besar lah mak. Lagipun, orang mana ingat dah muka dia. Nama dia pun orang tak ingat," jawab aku.


"Nama dia..." 


"Mak cik, boleh tak saya nak tumpang solat kejap," sampuk Ed tiba-tiba.


"Ha boleh. Dhia, tunjuk ruang solat," arah abah.


Aku angguk. Aku bangun dan Ed ikut aku. Aku hampir lupa pula Ed ada tadi. Lupa pula nak include kan dia dalam perbualan.