Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Monday, August 24, 2015

Aku VS Empat Lelaki (13)

Aku hirup minuman aku. Sedap makanan dekat sini. Agaknya sebab tu Adib ajak aku makan dekat sini.

"Awak ingat lagi tak tempat ni?" Soal Adib.

Aku kerut dahi, "ha?"

"I guess not," jawab Adib.

"Kenapa? Kita pernah datang sini ke?" Soal aku.

Adib angguk, "pertama kali saya jumpa awak dekat sini lah."

"Eh, kejap. Kita tak jumpa dekat sini. Saya ingat lagi, pertama kali kita jumpa dekat matrik," ujar aku.

"Itu pertama kali awak jumpa saya," ujar Adib.

"Maksudnya, sebelum matrik lagi awak dah jumpa saya?" Aku kerut dahi.

Adib angguk, "sebelum saya nampak awak dekat matrik, saya dah pernah nampak awak dekat sini. Saya nampak awak dengan kawan awak makan dekat sini."

Aku berfikir. Aku pernah datang sini ke? Hmm... Ha! Betullah. Aku pernah diheret oleh kawan aku untuk makan dekat sini. 

"First time dalam hidup saya, saya rasa jantung saya berdegup kencang hanya sebab saya pandang seorang perempuan. Rasa macam dah berlari satu padang. Inilah tempat yang awak duduk dulu dengan kawan awak. Dan meja belakang ni tempat saya duduk. Saya nampak awak membebel tak puas hati dengan kawan awak sampai awak langsung tak sedar saya tengah perhatikan awak," cerita Adib.

Aku gelak. Memang aku asyik membebel je. Ye lah, dah lah aku tak ada duit masa tu. Lepastu kawan aku tu sibuk nak makan dekat sini. Nasib baik ada orang bayarkan makanan aku masa tu. Eh, kejap. Takkanlah.

"Awak yang bayarkan makanan saya masa tu?" Soal aku.

Adib angguk. "Walaupun awak membebel tak ada duit masa tu tapi awak masih pesan makanan."

Aku gelak, "tak tahan godaan."

Adib turut tergelak. Aku memanglah tak boleh tahan godaan makanan ni. Never say no to food.

"Saya menyesal gila tak tegur awak masa tu. Saya memang nak tegur awak tapi saya rasa malu sangat. Nanti macammana kalau awak marah saya. Jadi saya pendamkan je hasrat saya," ujar Adib.

Aku ni nampak garang ke? Rasa macam tak je. Haha.

"Bila saya ternampak awak dekat matrik, automatik saya cam awak. Mula-mula saya takut nak tegur awak. Saya cuma pandang awak dari jauh je sampailah saya terdengar cerita yang ada seorang lelaki ni suka dekat awak. Saya terus kumpul keberanian saya dan tegur awak. Dan nasib baik awak bagi respon yang baik," Adib menyudahkan ceritanya.

"Ish, awak ni kacau lah. Kalau tak, saya ada seorang lagi peminat," aku gelak.

"Mengada lah. Cukuplah saya sorang je. Nak buat apa ramai sangat peminat?" Adib turut tergelak.

Aku senyum. Aku tak tahu pula Adib simpan perasaan pada aku sebelum kitorang masuk matrik lagi. 

"Ima," panggil Adib.

Aku pandang Adib, "hmm."

"Sudi tak awak jadi isteri saya?" Soal Adib.

"Ha?" Aku terkejut.

"Saya tahu saya pernah lukakan hati awak. Saya pernah tinggalkan awak tanpa awak tahu puncanya. Saya tahu susah awak nak maafkan saya dan terima saya kembali. Tapi, saya cintakan awak sangat-sangat. Saya cintakan awak sampai saya rasa dada saya sesak sangat. Saya tak nak kehilangan awak lagi. Saya nak miliki awak selama-lamanya," Ujar Adib.

Aku memang cintakan Adib. Ya, sampai sekarang pun perasaan tu tak pernah hilang. Waktu Adib tinggalkan aku dulu, aku rasa aku benci Adib. Tapi hakikatnya, aku sayangkan dia. 

"Tapi mak awak tak suka saya," ujar aku.

"Saya akan pujuk mak saya. Awak percayakan saya ye?" Adib angkat kening.

Aku angguk.

"Awak sudi jadi isteri saya?" Soal Adib.

Aku angguk, "kalau mak awak restu."

Adib senyum. "Terima kasih Ima! Saya janji saya akan buat mak saya terima awak. Saya janji saya takkan lukakan perasaan awak lagi. Saya janji saya akan buat yang terbaik untuk awak."

Aku hanya tersenyum melihat wajah Adib yang gembira itu. Mungkin orang lain akan kata aku ni bodoh sebab terima lamaran Adib tu. Tapi mereka tak faham. Mereka tak rasa apa yang aku rasa. Aku sayangkan Adib dan perpisahan kitorang sebelum ni bukannya salah dia. Perasaan aku terhadap Adib tak berubah lagi. Aku masih sayangkan dia dari dulu hingga sekarang.

* * *

Aku tersenyum riang sambil melangkah masuk ke dalam pejabat. Aku nampak Izzu yang seperti biasa tekun menghadap komputernya. 

"Hai Izzu! Nah, saya belanja awak karipap makcik popular ni. Saya tahu awak mesti teringin nak rasa kan?" Aku letak plastik berisi karipap di atas meja Izzu.

Aku lihat wajah Izzu seperti tertanya-tanya dengan tindakan aku. Aku senyum sambil melangkah ke arah tempat aku. Aku duduk.
Aku keluarkan telefon bimbit aku dari beg tangan aku. Ada satu mesej daripada Adib. Aku buka mesej itu.

Kalau saya ni instagram, awaklah gambar-gambar yang membuatkan saya berfungsi. Have a nice day bakal isteriku.

Aku gelak. Ada-ada je lah Adib ni. Romantiknya sampai aku rasa nak terbang.

"Senyum sorang-sorang nampak. Dah gila ke?" 

Aku pandang Amar yang tengah angkat kening depan aku. Aku bangun.

"Eh, awal boss sampai. Saya tak sempat sarapan lagi ni," ujar aku.

"Aku tak masuk pejabat harini. Aku ada hal sedikit," jawab Amar.

"Ha? Boss nak pergi mana?" Aku kerut dahi.

"Aku ada hal sikit. Dan kau tak payah datang hospital," arah Amar.

Aku angguk. Kenapa pula lah Amar ni larang dia pergi hospital harini? 

"Batalkan semua appointment aku harini dan esok. Aku mungkin tak datang pejabat esok juga. Kalau ada apa-apa hal penting, kau telefon aku," Ujar Amar.

Aku angguk.

"Okay. Kau jangan lupa makan ubat," pesan Amar.

"Ubat apa pula? Saya tak sakit pun," aku blur.

Sakit pun tidak, dah kenapa boss suruh aku makan ubat? Ke boss yang tak betul ni?

"Ubat otak," jawab Amar ringkas sebelum berlalu keluar dari pejabat.

Kurang asam punya boss! Dia kenakan aku. Dia ingat aku ni gila. Boss, saya bukan gila. Saya tengah angau ni. Hehe gatal!!!

* * *

Aku hirup minuman aku sehingga tinggal separuh. Fuh, nikmat gila minum air sejuk tengah-tengah panas ni.

"Lama gila tak lunch dengan kau. Asyik lunch dengan boss je. Asyik-asyik makan dekat restoren mewah. Bosan aku," aku merungut.

"Best apa. Dapat makan free," Aldee gelak.

"Haa tang tu memang best. Jimat duit lunch aku," aku turut tergelak.

"Ni kau tak pergi hospital ke?" Aldee angkat kening.

Aku gelengkan kepala, "boss tak kasi aku pergi harini. Aku pun tak tahu kenapa."

"Dia dah bosan kot dengan kau," komen Aldee.

"Cis! Habis madu sepah dibuangnya. Tak guna betul," aku gelak.

Aldee turut tergelak. 

"Weh, kau nak tahu sesuatu tak?" Soal aku.

"Apa dia?" Soalan dibalas dengan soalan.

"Thanks to you aku dengan Adib dah berbaik balik," jawab aku.

Aldee diam. 

"Betul cakap kau. Kalau aku tak dengar cakap kau dan tak pergi jumpa dia masa tu, sampai sekarang aku masih tertanya-tanya sebab dia tinggalkan aku. Dan sampai sekarang aku ingatkan aku je mangsa dalam hal ni," cerita aku.

"Apa maksud kau?" Aldee kerut dahi.

"Kau nak tahu tak? Bukan salah Adib semua ni. Mak dia yang pisahkan kitorang. Mak dia yang ugut Adib supaya tinggalkan aku. Adib being a good son which is very good ikut je lah cakap mak dia demi keselamatan aku," cerita aku.

"So korang dah berbaik balik lah ni?" Soal Aldee.

Wajah Aldee berubah sedikit bila aku anggukkan kepala aku. Mungkin Aldee risaukan aku. Mungkin dia takut aku kena tipu.

"Kau jangan risau. Aku tahu Adib tak tipu aku," ujar aku.

Aldee diam. Aku hirup minuman aku.

"Eh, kau pula apa cerita?" Soal aku.

"Aku?" Aldee angkat kening.

"Laa, takkan nak berahsia lagi. Aku tahu lah kau kan sekarang tengah kumpul duit nak kahwin dengan budak sekolah kita tu," ujar aku.

"Dia dah bercinta dengan orang lain," ujar Aldee.

Aku pandang Aldee. La ye ke? Patutlah nampak Aldee macam sedih je.

"Tu lah kau. Kenapa tak nak bagitahu dia awal-awal yang kau suka dia dan suruh dia tunggu kau?" Soal aku.

"Aku tak nak bagi harapan. Aku tak nak janjikan benda yang aku tak pasti. Macammana kalau dia tunggu aku lepastu aku berubah hati?" Aldee angkat kening.

"Tapi tengoklah, sekarang ni kau yang melepas," aku tak puas hati.

"Ima, loving someone is not about memiliki. Loving someone is about let them happy," ujar Aldee.

Aku diam. Betul juga kata Aldee. Cinta tak semestinya memiliki tapi cinta adalah untuk buat orang yang kita cinta gembira. 

"Eh, dahlah jom balik pejabat," Aldee bangun.

Aku turut bangun. Baik aku balik cepat. Walaupun boss tak ada dekat pejabat, mana boleh aku masuk lambat. Karang ada juga mulut yang mengata.



No comments:

Post a Comment