Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Monday, August 24, 2015

Aku VS Empat Lelaki (14)

Aku tergelak mendengar cerita Adib. Adib cerita pengalaman dia masa belajar dekat luar negara dulu. Dia cakap dia pernah kena ngorat dengan lelaki. Seram gila katanya!

"Habis awak buat apa?" Soal aku.

"Saya apa lagi, terus cabut lari. Tak sanggup saya kena cabul dengan lelaki! Ei, simpang malaikat empat puluh empat," jawab Adib.

Aku gelak lagi, "saya tak boleh bayangkan kalau awak tak lari masa tu. Mesti awak."

Sengaja aku tak habiskan ayat aku dan sambung gelak aku. Adib gelengkan kepalanya.

"Tidak! Saya tak rela!" Adib berlakon.

Aku hanya tergelak. Kalaulah Adib kena cabul, agak-agaknya apa yang terjadi dekat Adib? Mesti Adib murung gila! Ish, apa yang aku fikirkan ni? 

"Eh, kejap. Sekarang ni awak ada dua pakwe ke?" Soal Adib.

Aku kerut dahi, "huh?"

"Kan hari tu awak kata awak dah ada pakwe. Yang dekat rumah Puan Sri tu," Adib ingatkan aku.

Aku sengih, "oh dia tu. Dia boss saya lah."

"Boss?" Adib angkat kening.

Aku angguk, "haah. Boss saya sengaja je cakap dia tu boyfriend saya sebab dia nampak muka saya berubah. Ye lah, masa tu saya kecewa kot dengan awak. Saya marahkan awak sebab tinggalkan saya macamtu je. Rasa macam nak lempang je awak masa tu sebab muncul tiba-tiba lepas lama menghilang."

"Ima, saya min..."

"Ala, bukan salah awak pun. Masa tu, saya tak tahu lagi semuanya," potong aku.

Adib senyum, "Ima, awak percayakan saya dan tunggu saya ya?"

Aku senyum sambil anggukkan kepala aku, "saya percayakan awak dan saya akan tunggu awak."

"Janji?" Soal Adib.

Aku angguk, "janji."

Adib senyum. Aku turut tersenyum. Ya, aku akan terus percayakan Adib dan aku akan terus tunggu dia. Aku yakin Adib adalah orangnya. Adib adalah jodohku. Aku yakin sangat.

* * *

Dah lama rasanya aku tak jenguk Puan Sri Ayuni. Amar pun jenguk pejabat waktu pagi je. Memanglah Amar tak kasi aku datang hospital ni tapi dah seminggu kot aku tak jenguk Puan Sri. Aku rasa nak tahu perkembangan Puan Sri. Ala, kalau Amar marah pun kejap je.

Aku buka pintu bilik Puan Sri Ayuni. Terkejut aku bila aku nampak ada seorang wanita yang sedang duduk bersebelahan Puan Sri. Puan Sri ada pelawat lain ke? Tak pernah pula aku nampak ada pelawat lain selain aku dan Amar. Siapa pula perempuan ni?

"Uhm, who are you?" Soal wanita itu.

Aku mendekati wanita itu. Tangan aku hulurkan kepada wanita itu.

"Ima, secretary Puan Sri dulu," jawab aku.

Wanita itu sambut tangan aku. Dia lemparkan senyuman. 

"Amy, her daughter," jawab wanita itu.

Aku senyum. Kenapa pula perempuan depan aku ni asyik cakap Bahasa Inggeris je? Dia orang putih ke? Tapi tak nampak macam orang putih pun. Pakai tudung lagi tu.

"Oh, boss ada adik ke? Tak tahu pula saya," ujar aku.

"Sorry, what are you saying again?" Amy kerut dahi.

Sah lah perempuan ni bukan orang sini. 

"I thought Amar is the only son. He didn't mention he has a beautiful sister like you," ujar aku.

Amy gelak, "I know. Not many people know I am his sister."

Aku kerut dahi, "why?"

"Because I don't live here," jawab Amy.

"So where do you live?" Soal aku.

"Manhattan," jawab Amy.

"And why do you live there?" Soal aku lagi.

"Actually..."

Belum sempat Amy mahu cerita kepada aku, bunyi deheman menganggu kami. Aku pantas pusing pandang ke arah suara itu. Amar tengah berpeluk tubuh dan wajahnya kelihatan tegang. Eh, boss aku ni marah aku ke sebab datang hospital?

"Amy, how many times do I need to tell you, do not talk with strangers?" Soal Amar.

"But brother..."

"I will talk with you later. Ima, jumpa aku dekat luar sekarang," arah Amar.

Aku pandang Amy. Amar dah melangkah keluar. Aku salam dengan Amy.

"It was nice to meet you," ujar aku.

Amy angguk, "yeah. I hope we can meet again."

Aku senyum. Aku kemudian melangkah keluar dari bilik itu. Aku nampak Amar masih berpeluk tubuh dan masih tegang wajahnya. 

"Boss," panggil aku.

"Kan aku kata, jangan datang hospital. Kenapa kau degil?" Marah Amar.

"Sebab saya dah lama sangat tak jenguk Puan Sri. Saya nak tahu juga perkembangan Puan Sri," jawab aku.

"Kan aku kata aku tak nak kau datang sini. Arahan simple je kot. Dah, lepas ni kau jangan datang lagi hospital ni. Kalau kau nak tahu pasal mama, kau tanya dekat aku," marah Amar lagi.

Aku angguk. Ye lah, lepasni aku takkan datang lagi hospital ni. Aku datang dengan niat baik nak jenguk mak dia tapi dia boleh pula bantai marah aku. Geram pula hati aku.

"Kau borak apa dengan Amy?" Soal Amar tiba-tiba.

"Tak ada apa-apa," aku malas nak jawab soalan Amar.

"Aku tanya, kau borak apa dengan dia?" Marah Amar bila aku tak jawab soalan dia.

"Dia bagitahu dia adik boss dan dia tinggal dekat Manhattan. Itu je! Dia tak bagitahu pun rahsia-rahsia boss jadi boss tak payah risau," bentak aku geram.

Ei, sakitnya hati aku. Apa hal boss ni sengaja nak cari pasal dengan aku? Takut sangat ke adik dia tu cerita pasal dia waktu kecik? Nak takut apa bendanya? Ei, geramnya!

"Rahsia?" Soal Amar.

"Rahsia boss waktu kecik. Kalau itu yang boss risau, tak payah risau lagi. Dia tak cakap apa-apa pun pasal boss! Dah lah, saya nak balik pejabat. Lepasni saya takkan datang sini lagi. Boss tak payah risau," ujar aku.

Aku mula melangkah tapi berhenti lepas aku dengar Amar panggil nama aku. Apa? Nak minta maaf ke? Tahu pun rasa bersalah. Aku pusing pandang Amar.

"Jangan bagitahu sesiapa tentang Amy," pesan Amar.

Cis! Bukan dia nak minta maaf sebab marah aku tapi dia bagi arahan dekat aku? Ini tak boleh jadi ni! Kau dah marah-marah aku, lepastu kau nak bagi arahan dekat aku. Ei, geramnya aku!

Aku tak menjawab dan terus melangkah ke arah lif. Geramnya hati aku masa tu hanya Allah je yang tahu. Sakit hati aku! Nasiblah dia tu boss aku, kalau tidak, dah lama aku mengamuk. 

* * * 

"Kenapa dengan kau?"

Aku dongak pandang Aldee yang sudahpun pakai beg kerjanya. Nak balik dah lah tu.

"Huh?" Aku tak faham.

"Lepas kau balik lunch, muka kau ketat semacam je. Kenapa?" Soal Aldee.

"Boss lah. Buat aku bengang je," jawab aku.

"Kenapa?" Soal Aldee lagi.

"Kau nak balik dah ke?" Soalan dibalas dengan soalan.

Aldee angguk, "kau tak nak balik ke? Dah pukul enam dah ni."

"Kejap," ujar aku.

Aku kemas barang-barang aku. Kemudian aku capai beg tangan aku dan bangun.

"Jom," ajak aku.

Kitorang pun berjalan ke arah lif. Butang lif ditekan.

"So?" Soal Aldee.

"Tadi aku pergi hospital. Ye lah, aku dah lama tak jenguk Puan Sri. Rasa curious pula nak tahu keadaan dia," aku memulakan cerita.

"Dia marah kau sebab dah lama tak pergi hospital?" Teka Aldee.

"Tak. Dia marah aku sebab pergi hospital," ujar aku.

Pintu lif terbuka. Aku dan Aldee masuk. Baru sahaja pintu lif mahu tertutup, ada tangan yang menghalang. Izzu masuk ke dalam lif itu. Aku pandang Izzu sekilas sebelum Izzu melangkah berdiri di belakang kitorang. Aldee tekan butang lif dan tutup pintu lif.

"Kejap. Kenapa dia nak marah kau pergi hospital?" Soal Aldee.

"Memang sebelum ni dia ada pesan jangan pergi hospital. Aku tak tahu lah sebab apa dia larang aku. Sebab adik dia ke apa ke, aku tak tahu lah. Tapi niat aku baik kut, nak lawat mak dia," cerita aku.

"Ha? Boss ada adik?" Soal Aldee tak percaya.

Aku angguk, "kau pun tak tahu boss ada adik? Aku ingat aku sorang je tak tahu."

"Tak pernah pula aku nampak adik dia," ujar Aldee.

Pintu lif terbuka. Aku dan Aldee melangkah keluar.

"Mungkin sebab adik dia tinggal dekat luar negara. Cakap Bahasa Melayu pun tak reti," ujar aku.

"Ha?" Aldee terkejut.

"Serious. Eh, tapi kau jangan bagitahu sesiapa tau pasal adik dia. Boss ada pesan kat aku tadi supaya jangan bagitahu sesiapa pasal adik dia," aku teringat pesanan boss.

"Eh, kenapa pula? Ini pelik. Kenapa boss nak rahsiakan pasal adik dia?" Aldee kerut dahi.

Aku angkat bahu, "entahlah. Mestilah ada sebab kut kenapa dia rahsiakan pasal adik dia."

"Kau tak nak siasat ke? Bukan kau pernah bercita-cita nak jadi detektif ke?" Perli Aldee.

"You give me an awesome idea!" Aku petik jari.

"Eleh, pasal mamat vampire tu pun kau tak selesaikan lagi. Ini nak tambah subjek pula. Satu-satu lah woi," Aldee gelak.

Aku mencebik, "siasatan aku terganggu lah. Dengan kes boss, Adib, aku mana ada masa nak siasat. Ni sekarang, boss dah tak kasi aku pergi hospital, bolehlah aku guna masa untuk siasat."

"Wow detektif Ima kembali beraksi," Aldee tepuk tangan.

Aku gelak, "kau tunggu."

Ya, aku akan tumpukan pada siasatan aku mengenai Izzu. Aku masih belum tahu punca kematian isteri Izzu. Dan aku masih belum tahu apa yang membuatkan Izzu berubah tiga ratus enam puluh darjah. Aku mesti rungkaikan misteri ni! Aku mesti!

No comments:

Post a Comment