Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Monday, June 20, 2016

Aku & Gadis Misteri (1)

Ya Allah. Dah pukul berapa ni? Dah pukul 9.00 pagi! Mampus aku, dah lambat ni nak pergi kerja. Mesti kena marah dengan boss aku ni. Masuk minggu ni, dah dua kali aku lambat masuk kerja. 

Haritu aku masuk kerja lambat sebab tayar kereta aku bocor. Kali ni pula sebab aku bangun lambat. Mesti boss aku tak percaya aku kalau aku nak tipu dia. Ish.

Itulah orang suruh kahwin tak nak. Tengok sekarang, apa dah jadi? Kalau dah kahwin kan, senang sikit. Makan minum, bangun tidur semua terjaga. Ini tidak, makan ke mana tidur ke mana. Semua tunggang langgang.

Bukan aku tak nak kahwin, masalahnya calon pun tak ada. Dulu ada calon tapi hati perempuan tu pula dah ada orang lain. Aku ni jenis yang tak suka merampas dan tak suka memaksa, jadi aku reda je lah. Lagipun, perempuan tu sekarang dah kahwin pun.

Eh, dari aku membebel dalam hati sorang-sorang macamni. Baik aku pergi mandi sambil fikirkan alasan untuk kelentong boss aku. Chiou!

* * *

"Aldee! In my office right now!"

Tu dia. Suara boss aku yang aku rasa satu bangunan ni boleh dengar. Aduh boss ni, memang nak semua orang tahu aku lambat harini? 

Dengan langkah yang malas, aku melangkah masuk ke dalam bilik boss aku. Aku berdiri di hadapan meja dia sambil tunduk, menunggu hukuman aku.

"Kau ni asyik lambat je. Apa nak jadi? Masuk minggu ni dah dua kali lambat. Kau ingat aku bayar gaji kau untuk kau bersenang-lenang?" Soal boss aku.

"Saya minta maaf. Entah minggu ni saya rasa macam saya ni tak terurus. Saya janji saya takkan lewat lagi," jawab aku bersungguh-sungguh.

Kemudian aku dengar suara boss aku gelak. Aku pandang boss aku tu.

"Woi! Aku rasa geli lah pula kau guna saya," ujar boss aku tu.

"Kau ni aku tengah feel jadi pekerja yang dapat boss garang ni. Potong stim betullah," aku turut tergelak.

Memperkenalkan boss aku, merangkap housemate aku iaitu Zul. Ya, boss aku tinggal serumah dengan aku. Dia bukanlah boss si empunya syarikat ni. Syarikat ni syarikat besar dan untuk cawangan ni, Zul lah yang handle. Manager la kiranya. Aku dengan si Zul ni dulu kawan baik masa zaman universiti. Tak sangka pula aku dapat kerja dekat syarikat ni. Masa aku interview tu, aku memang terkejut habis tengok muka Zul yang interview aku. Tapi syok la sebab kawan baik yang jadi boss kan. 

"Kau la tak kejut aku. Tengok, aku lambat," rungut aku.

"Aku tak kejut kau? Wei, aku rasa pintu bilik kau nak roboh aku ketuk," ujar Zul.

"Jangan nak membongak lah. Kau ingat aku ni jenis yang tidur mati macam kau?" Balas aku.

"Eh, tidur-tidur mati aku pun, aku still on time tau masuk pejabat," Zul riak.

"Hok aloh! Menyampah pulak aku. Dahlah, aku nak buat kerja. Terima kasih dekat kau, sekarang satu pejabat tahu aku lambat masuk kerja harini," ujar aku sambil melangkah keluar dari bilik Zul.

Mesti korang pelik kan tengok aku dengan Zul? Sebenarnya, aku dengan Zul ni dulu rapat sangat. Semua rahsia aku Zul tahu. Aku ni bukanlah jenis yang suka bercerita pasal diri aku dekat sesiapa tapi kalau dengan Zul, lancar je mulut aku nak bercerita. Agaknya Zul ni ada aura sebagai pendengar masalah aku. Haha.

* * *

"Nak lunch sama-sama tak?" Aku jengulkan muka aku dekat bilik Zul.

"Aku nak dating dengan tunang aku harini. Kau pergi lah makan sorang-sorang," Zul gelak jahat.

"Cis! Mentang-mentang ada tunang. Takpe takpe, kau tunggulah aku ada awek. Aku show off habis dekat kau," aku pun gelak jahat.

"Sila lah show off. Aku tak sabar nak tunggu kau ada awek," Ujar Zul.

Cis! Kurang asam punya member. Aku ingat nak kenakan dia, last last dia kenakan aku balik. Huhuhu.

"Dah lah, baik aku pergi makan dari layan kau. Chiau!" Aku keluar dari bilik Zul.

Aku melangkah keluar dari pejabat. Hmm nak makan apa ye harini? Tekak aku rasa macam nak makan dekat kedai nasi ayam depan pejabat ni. Bolehlah cuci mata tengok sorang awek ni sambil makan. Hehe. Cun ni cun. 

* * *

"Nak makan apa bang?"

Aku pandang perempuan yang tengah berdiri depan aku ni. Comel lote je perempuan ni. Inilah dia awek yang aku cakap tadi tu. Awek ni pergh cun weh. Dengan bulu mata yang lentik, hidung yang mancung, kulit yang mulus. Astaghfirullah! Aldee, maksiat mata ni Aldee.

"Ha? Tak nak makan?"

Tanpa aku sedar, aku dah tergeleng kepala. Haih, banyak berangan la aku ni sekarang. Nampak sangat lonely.

"Bagi saya nasi ayam panggang satu dan teh o ais limau satu," ujar aku.

Perempuan tu angguk, "terima kasih."

Perempuan tu kemudian berlalu pergi. Aku hanya memerhatikan sahaja. Agak-agaknya siapalah nama perempuan ni ek? Kenapa lah pekerja dekat kedai ni tak pakai tanda nama macam dekat restoren fastfood. Kan senang kalau pakai. Senang untuk aku usha. Hehe.

Mesti korang hairan kan dengan sikap aku ni. Mesti korang macam 'eh dulu Aldee tak macamni pun.' Korang kena faham, semua lelaki, maksud aku SEMUA lelaki memang dalam kepalanya fikir nak usha perempuan je. Cuma berani atau tidak je. Kata lelaki kan.

Tak pelik tau lelaki berfikiran seperti aku. Lelaki yang tak berfikiran seperti aku yang pelik dan harus diperiksa ketulenan lelakinya. Sebab lelaki ni ada satu nafsu je dan nafsu itu adalah untuk perempuan. Oi geli kan? Tapi itulah hakikatnya. Okay, dah, aku nak sambung tengok awek ni sambil tunggu makanan aku sampai. 

No comments:

Post a Comment