Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Wednesday, November 4, 2015

Aku VS Empat Lelaki (22)

Harini ada majlis doa selamat dekat rumah Puan Sri dan semua staf dijemput hadir. Aku buat keputusan nak pergi dengan Aldee memandangkan aku malas nak drive dan Aldee pun tak tahu arah ke rumah Puan Sri.

"Kau pernah datang rumah boss? Bila? Amboi, ada skandal dengan boss ek?" Soal Aldee.

"Hoi, tak ada maknanya skandal. Simpang malaikat 44. Aku pergi birthday party Puan Sri la masa tu," jawab aku.

"Dah tua-tua pun ada birthday party lagi?" Aldee kerut dahi.

Aku gelak. Mulut Aldee ni tak ada insurans langsung. Suka hati je dia cakap macamtu. Nasib baik aku ni jenis open-minded, tak kisah sangat. Haha.

"Biarlah dia, dia ada duit. Apa lagi nak buat dengan duit tu kalau tak belanjakan untuk diri sendiri?" Aku back-up Puan Sri.

"Sedekah?" Aldee angkat kening.

"Mungkin dia dah sedekah. Selebihnya dia belanjakan untuk diri dia. Aldee, positive thinking please," aku nasihatkan Aldee.

Aldee gelak, "ye lah."

"Mesti Adib pun ada dekat situ," ujar aku.

"Mestilah. Jiran kut," jawab Aldee.

Aku diam. Aldee pandang aku sekilas.

"Kau dah kenapa? Bukan sepatutnya kau happy dapat jumpa buah hati pengarang jantung kau tu?" Soal Aldee.

"Memanglah happy. Tapi kalau dia ada, mesti mak dia pun ada," jawab aku.

"So?" Aldee kerut dahi.

Aku pandang Aldee. Ish Aldee ni, tak faham lagi ke apa yang aku cuba cakap ni?

"Oh," jawab Aldee tiba-tiba.

Okay, Aldee dah ingat.

"Macammana ni weh? Aku takut lah kalau mak dia apa-apakan Adib lagi kalau dia dapat tahu aku ada hubungan dengan Adib," ujar aku.

"Takkanlah. Adib dah besar kot. Dah boleh fikir apa yang terbaik," Aldee sedapkan hati aku.

"Tapi aku tak sedap hati lah. Macam ada sesuatu yang akan berlaku," ujar aku.

"Kau jangan risau, aku akan sentiasa perhatikan kau. Takkan ada apa-apa yang akan terjadi dekat kau," ujar Aldee.

Aku pandang Aldee. Entah kenapa tapi aku rasa lega bila Aldee cakap macamtu. Aku percayakan Aldee. Aku tahu Aldee takkan biarkan apa-apa terjadi dekat aku. I believe in him.

* * *

"Datang pun kau. Ingatkan tak datang tadi," ujar Amar.

Aku pandang boss. Aldee dah hilang ke tandas. Makan banyak sangat lah tu tadi. Aku masih tak nampak batang hidung Adib.

"Sorry lah boss saya lambat tadi. Kitorang sesat," jawab aku.

"Sesat? Bukan kau pernah datang sini ke?" Soal Amar.

"Sekali je boss saya pernah datang sini. Mana saya ingat sangat," jawab aku.

"Kau takkan tak pernah pergi rumah boyfriend kau?" Amar angkat kening.

Aku diam. 

"Seriously? Tak pernah? Kau tak pernah jumpa family dia lagi?" Amar tak percaya.

"Eh Amar, mana mama awak?"

Aku pandang ke arah wanita yang berumur lingkungan 50-an itu. Di belakang wanita itu ada Adib. Aku nampak riak wajah Adib terkejut melihat aku. Aku kalih pandang bawah. Jantung aku dah berdegup kencang. Janganlah dia kenal siapa aku. Please jangan.

"Mama dekat dalam kot. Aunty masuklah," pelawa Amar.

Wanita itu senyum dekat Amar dan kemudian pandang aku. Terus senyuman wanita itu mati apabila melihat aku. Dia kemudian pandang Adib di belakangnya.

"Kenapa perempuan ni ada dekat sini?" Soal wanita itu yang merupakan mak Adib.

Adib pandang aku. Aku nampak Adib serba salah. Baru sahaja Adib nak buka mulut, Amar terlebih dahulu memotong.

"Dia girlfriend saya. Kenapa aunty? Aunty kenal ke dengan dia?" Soal Amar.

Mak Adib pandang wajah aku lama sedikit. Kemudian dia pandang Amar.

"You better be careful with this girl. Okaylah, aunty masuk dulu. Jom Adib," ujar mak Adib.

"She..."

"Jom kita pergi sana, nak?" Aku potong kata-kata Amar.

Aku tahu Amar nak protes kata-kata mak Adib dan aku tak nak perkara tu terjadi. Aku nampak wajah Amar yang tak puas hati pandang aku. Aku buat tak tahu dan melangkah. Semasa aku berselisih dengan Adib, aku dengar sesuatu.

"I'm sorry," ujar Adib perlahan cukup untuk aku seorang sahaja yang dengar.

Aku diam. Tidak membalas kata-kata Adib dan terus melangkah sehingga ke kolam rumah Amar. Tempat di mana aku pernah mengadu dekat Amar pasal Adib.

"Jangan cakap dengan aku, hubungan korang dulu putus sebab mak dia?" Soal Amar sedikit bengang.

Aku diam, tidak menjawab soalan Amar.

"Seriously? He can't even stand up for his girl and you still want him? Kau nak lelaki pengecut macamtu jadi teman hidup kau?" Amar bengang.

"Itu mak dia," jawab aku perlahan.

Air mata aku dah mula gugur. 

"Macammana kau nak hidup dengan dia kalau dia tak boleh back-up kau depan mak dia? Macammana kau boleh bercinta dengan dia bila kau tahu mak dia bencikan kau?" Soal Amar.

Aku diam.

"Bodoh!" Marah Amar.

"Saya tahu saya bodoh tapi perlu ke boss nak marah saya sampai macamni?" Aku dah teresak-esak.

Aku tengah sedih ni, boss boleh pula nak maki aku. Patut ke?

"Bukan kau. Adib yang bodoh. Macammana dia boleh sakitkan hati orang yang cintakan dia? Macammana dia boleh biarkan kau menangis macamni? Itu ke namanya cinta?" Soal Amar.

"Boss, itu mak dia. Saya ni siapa kalau nak dibandingkan dengan mak dia?" Ujar aku.

"Ya, aku tahu itu mak dia dan aku tahu syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Tapi..."

"Janganlah kutuk dia lagi. Tolonglah boss. Saya merayu dekat boss," potong aku.

Amar diam. Aku masih menangis lagi. Aku bukan apa, aku memang marah dekat Adib. Tapi itu mak dia. Dan aku tak nak jadi penyebab Adib derhaka dengan mak dia. 

"Ima, stop crying because of that man," ujar Amar.

Aku masih menangis. Macammana nak hentikan tangisan ni, aku tak tahu.

"Kau tak patut menangis sebab dia. Dia tak layak menjadi sebab untuk kau menangis," ujar Amar.

Aku masih lagi tak boleh berhenti menangis.

"I said stop crying!" jerkah Amar.

Aku terkejut. Boss ni dah kenapa nak marah-marah aku nangis. Ei, aku tak kacau dia pun. Dia yang terhegeh-hegeh nak ikut aku.

"Tak dengar ke? Behenti menangis," marah Amar lagi.

"Kenapa boss nak marah-marah saya? Boss yang ikut saya dekat sini. Jadi kenapa..."

"Because my heart breaks a little when I see you cry," potong Amar.

Aku terdiam. Terus berhenti tangisan aku. Apa maksud boss ni? Amar meraup wajahnya dengan tapak tangannya.

"Boss..."

"Aku suka kau, okay! Tak, aku cintakan kau. Sebab tu aku tak nak kau menangis. Aku tak nak kau sedih sebab lelaki yang tak worth. Aku tak nak!" Ujar Amar.

Aku diam.

"Aku tak pandai nak romantik-romantik macam Adib. Tapi aku tahu apa yang aku rasa. Aku cintakan kau," ujar Amar lagi.

Aku masih terkejut dengan pengakuan Amar tu. Boss cintakan aku? Kenapa? Apa yang aku buat sampai boss cintakan aku? Tak. Ini tak boleh terjadi. 

"Ima!" 

Aku pandang ke arah suara yang memanggil aku. Kelihatan Aldee datang dengan wajah yang risau.

"Kat sini rupanya kau. Puas aku cari kau. Kau ni kot ye pun nak berborak dengan boss, cakaplah kat aku dulu. Ini tidak, tiba-tiba je hilang. Eh, kenapa kau menangis?" Aldee tersedar wajah aku sembab.

Aku pandang Aldee. "Tak ada apa-apalah. Jom balik, Aldee. Aku rasa tak sedap badanlah."

Aldee kerut dahi. Aku terus melangkah laju tinggalkan boss tanpa menoleh walau sekali ke arahnya. Aku masih tak percaya dengan apa yang berlaku. Boss cintakan aku? Kenapa semua ni complicated sangat? Tak boleh ke cerita ni hanya tentang aku dan Adib je? Kenapa perlu ada watak boss? Ya Allah, kuatkanlah hati aku ini. 


1 comment: