Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Friday, November 4, 2016

Enam (4)

Mia

Aku melangkah laju masuk ke dalam restoren tu. Mendidih pula hati aku bila teringat peristiwa tadi. Kurang ajar betul lah mamat tu! Boleh pula dia tinggalkan aku macamtu je.

"Mana boss awak?" soal aku kepada seorang pelayan lelaki.

"Encik Adib ke?" soal lelaki aku.

"Aku tak tahu siapa nama dia. Kat mana dia?" soal aku.

"Cik ada appoinment ke?" soal dia.

"Perlu ke ada appoinment nak jumpa dia? Sekarang ni, dia ada ke tidak?" soal aku.

Dan, dalam masa yang sama, aku tengok bekas jiran aku A.K.A boss kepada tempat ni A.K.A tuan kereta yang aku langgar tadi keluar dari sebuah bilik dekat restoren tu. Aku melangkah ke arah dia.

"Hei Encik boss atau apa-apa je, kenapa kau tak ada adab sangat?" soal aku.

Dia kerut dahi, "saya tak ada adab?"

"Ya. Aku tahu aku yang langgar kereta kau tapi aku dah minta maaf kan? Aku siap kasi kad aku nak bayar kos repair kereta kau kan? Tapi kau blah macamtu je?" marah aku.

"Saya tak perlukan duit awak untuk baiki kereta saya dan saya dah maafkan awak. Apa lagi yang awak tak puas hati?" soal dia.

Aku ambil kad aku dari beg tangan aku dan aku capai tangan dia. Dia kelihatan sedikit terkejut. Aku letak kad aku dekat tapak tangan dia.

"Hantar resit kereta kau dekat aku," ujar aku.

Sebelum dia sempat cakap apa-apa, aku berlalu dari situ, Ha padan muka! Haritu kau buat aku terpinga-pinga dekat tepi jalan kan? Sekarang ni turn kau pula terpinga pinga! Serve your right!

Nadi

"Siapa tu boss? Marah betul dia dengan boss?" soal aku dekat Adib yang tengah terpinga-pinga tu.

Adib angkat bahu. Kad nama yang berada di tangan dia tu dia tengok.

"Entah. Perempuan gila kot," ujar Adib sambil berlalu dari situ.

Aku gelengkan kepala aku. Dah kenapa pula perempuan tu marah-marah Adib? Nak kata Adib ni mainkan perasaan dia, tak mungkin kot. Adib ni bukan jenis playboy. Dia ni jenis yang setia, malah terlalu setia. Sampai girlfriend lama dia pun dia tak boleh lupakan. Padahal, dah setahun kot.

"Weh, kenapa tu? Macam singa je perempuan tu."

Aku pandang Raid yang sedang berdiri di sebelah aku bersama pinggan-pinggan kotor di tangannya.

"Entahlah," jawab aku.

"Mesti boss ada buat apa-apa dekat dia sampai dia marah macamtu," ujar Raid.

Aku gelak, "aku tak rasa boss macamtu."

"Mana kau tahu?" soal Raid.

Aku tolak badan Raid, "dah, pergi buat kerja. Jangan sibuk nak ambil tahu pasal orang lain."

Raid buat muka dan kemudian berlalu pergi. Hek eleh mamat ni, tak padan dengan umur yang dah tua tu, nak buat muka pula. Nasib baik kawan, kalau tidak, dah lama aku hempuk dia dengan buku yang aku pegang ni,

Raid

Aku melangkah perlahan ke arah pensyarah aku tu. Aku tengok muka dia macam gembira semacam je. Mungkin ke sebab lelaki yang dia jumpa haritu tu? Eh, dia tengah oncall lah.

"Okay, see you later."

Dia matikan panggilan dan pandang aku. Bibirnya menguntum senyuman. Aduh, manisnya senyuman dia!

"Ye, Raid. Ada apa?" soal dia.

Raid! Sedar sikit diri kau tu. Kau cuma student dia. Dia dah belajar sampai PhD kot, manalah dia pandang orang macam aku ni yang baru nak ambil degree. 

"Raid?" soal dia lagi.

Aku ukirkan senyuman, "tak ada apa-apa."

"Betul ni tak ada apa-apa?" soal dia.

Aku anggukkan kepala aku. Takkan aku nak ajak dia minum kot. Apa lah yang aku fikir tadi dalam kepala aku.

"Kalau tak ada apa-apa, saya balik dulu lah," ujar dia.

Aku anggukkan kepala aku lagi. Dia bangun dan melangkah ke arah pintu. Sebaik di muka pintu, dia pusing pandang aku.

"Raid," panggil dia.

Aku pandang dia.

Dia senyum, "kerja elok-elok ya."

Dan dia keluar dari dewan kuliah itu meninggalkan aku sendirian berperang dengan perasaan aku. Senyuman tu, senyuman yang aku sentiasa mahu lihat pada dahulu lagi. Hati aku sedikit berbunga. Tak apa lah kalau aku syok sendiri pun, macamlah tak biasa kan.

Dhia

Aku hirup minuman aku. Aduh, haus betul tekak aku. Si Mia ni lambat pula. Perut aku dah buat muzik lapar dah ni.

"Dhia?"

Aku pandang ke arah suara lelaki yang memanggil aku.

"Ed?"

Ed tersengih dan duduk di hadapan aku. Alamak, macammana boleh terserempak dengan Ed dekat sini ni? Dah lah aku sememeh ni.

"Awak tunggu orang ke?" soal Ed.

Aku anggukkan kepala aku, "ha'ah. Saya tunggu housemate saya tapi dia tak muncul-muncul pula."

"Saya ganggu ke?" soal Ed.

Belum sempat aku menjawab soalan Ed, telefon aku berdering menandakan ada panggilan masuk. Aku angkat tangan tanda suruh Ed tunggu sekejap. Aku jawab panggilan dari Mia tu.

"Hello Mia. Kau kat mana?" soal aku.

"Kau dah sampai ke dekat restoren?" soal Mia.

"Ye lah," jawab aku.

"Sorry Dhia, sorry. Aku tak dapat datang. Tiba-tiba kitorang ada staff dinner," ujar Mia.

"La ye ke. Takpelah kalau macamtu," balas aku.

"Sorry tau. Lain kali aku belanja kau makan. Goodbye!" Mia matikan panggilan.

Aih si Mia ni. Main matikan panggilan je. Nasib baik si Ed ni ada, tak ada lah aku kena makan sorang-sorang.

"Kenapa?" soal Ed.

Aku pandang Ed, "housemate saya tak jadi datang. Dia ada staff dinner pula."

Ed angguk, "kalau macamtu, makan dengan saya lah. Kita pun kena berkenalan dengan lebih rapat kan?"

Aku senyum. Nasib baik lah aku setuju juga jumpa Ed ni, kalau tidak, rugi aku! Baik betul Ed ni, sopan dan memahami aku. Mungkin dia memang jodoh aku.

Ed

Aku rasa dia ni interesting juga. Nampak macam berani tapi sebenarnya malu-malu. Bukannya aku tak sedar yang dia blushing setiap kali dia pandang mata aku. Aku syak dia ni mesti terdesak nak cari calon jumpa keluarga dia. Mesti dia benci sangat dengan pilihan mak dia sampai sanggup ajak blind date yang dia tak kenal pergi jumpa mak dia.

"Kita nak balik kampung awak bila?" soal aku.

Dia pandang aku, "hujung bulan ni?"

"Okay, saya tak ada apa-apa halangan rasanya," ujar aku.

"Awak betul-betul tak kisah ke? Rasa macam permintaan saya ni terlalu besar untuk awak, orang yang baru je kenal saya," soal dia.

Aku senyum, "saya tak kisah. Lagipun saya bukan ada teman wanita ke apa ke, jadi saya tak kisah sangat. Manalah tahu awak jodoh saya kan?"

Aku nampak pipi dia merah. Comel pula aku tengok dia ni.

"Tapi kan, kenapa awak tak nak kahwin dengan lelaki pilihan mak awak?" soal aku.

"Bukan saya tak nak tapi kalau boleh, saya nak elakkan. Dekat kampung saya tu bukannya ada ramai lelaki pun jadi saya tahu sangat siapa calon suami yang mak saya pilih tu," jawab dia.

"Dan?" aku angkat kening.

"Dan dia sangat-sangat lah annoying! Dia senior saya masa sekolah dulu dan saya tak suka dia. Dia suka sangat kacau saya sampai satu tahap, dia pernah malukan saya depan orang ramai. Eii, tak sanggup saya bersuamikan dia," cerita dia.

"Macammana kalau saya pun annoying macamtu?" aku angkat kening lagi.

Dia pandang aku, "at least saya ada masa kot nak reject awak."

Dia gelak. Cis, dia kenakan aku!

"Oh, awak nak reject saya? Kalau macamtu, saya tak nak lah teman awak balik kampung," ujar aku.

Dia hanya tergelak sahaja. Entah kenapa, aku rasa dia dengan aku agak serasi. Dia ni tak macam perempuan lain yang kuat melatah. Dia jenis yang selamba dan boleh dibuat bergurau. Setakat ni, aku selesa dengan dia. Aku harap dia selesa juga dengan aku.

Adib

Aku pandang ke arah wanita yang duduk di hadapan aku ni. Resit dari dalam poket aku keluarkan dan letak di atas meja. Dia ambil resit tu.

"Ha nak sangat kan bayar? Sekarang, bayarlah!" ujar aku.

Aku dah lepaskan dia haritu macamtu je, dia tak nak. Berdegil juga nak bayar. Sekarang ni, sila bayar!

"Aku memang nak bayar lah," ujar perempuan tu dengan sombongnya.

"Mana? Bak," aku hulurkan tangan aku.

"Gila ke apa aku nak bawa cash sebanyak tu? Bagi nombor akaun kau," ujar dia.

Aku keluarkan telefon bimbit aku dan taip nombor akaun aku dan hantar nombor akaun itu ke telefon perempuan tu.

"So? Dah settle kan sekarang?" soal aku.

Aku tengok dia diam. Aku bangun dan melangkah ke arah kereta aku. Malas aku nak lama-lama dengan perempuan sombong macamtu. Aku hidupkan enjin kereta aku. Baru aku nak turunkan handbrake aku, telefon aku bergetar menandakan ada mesej masuk. Daripada perempuan tadi.

Boleh tak aku bayar secara ansuran?

Adoi, haritu tunjuk lagak macam dia boleh bayar terus duit tu. Sekarang ni nak bayar secara ansuran pula. 

Suka hati kau lah.

Suka hati kau lah nak bayar secara ansuran ke apa ke. Aku bukan nak sangat duit dia. Aku ada duitlah nak baiki kereta aku sendiri. Aku bukannya kejam sangat nak minta ganti rugi yang banyak dekat dia. Aku turunkan handbrake aku dan mula tukar gear untuk memandu dari situ. 

No comments:

Post a Comment