Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Friday, November 27, 2015

Aku VS Empat Lelaki (28)

Sudah seminggu aku tanam anggur dekat rumah. Mak aku dah bising sebab aku asyik duduk rumah menghabiskan beras je. Maka, harini aku ambil keputusan nak keluar. Nak cuci-cuci mata. Atas sebab tu lah, aku sekarang berada dekat Mid Valley. Ini pun aku pergi naik KTM sebab tak ada duit nak isi minyak kereta. Haha propa je lebih. Sebenarnya malas nak harung kesesakan jalan raya.

Aku melangkah masuk ke dalam satu butik. Ala, bukan aku ada duit pun nak membeli. Saje je nak cuci mata.

Tiba-tiba aku ternampak Amar bersama dengan seorang gadis dalam kedai tu. Macam biasalah, pakaian gadis tu sangat-sangat seksi. Gadis tu tengah merengek minta Amar belikan baju untuk dia. 

Aku baru nak pergi bila aku nampak Amar angkat muka pandang aku. Aku pandang Amar sekejap. Mata kami saling bertentangan sebelum aku palingkan muka aku. Aku melangkah keluar dari kedai tu.

Apa? Takkan aku nak tercegat dekat situ pandang Amar? Dah jelas Amar bencikan aku. Buat apa aku nak terhegeh-hegeh tegur dia?

Bahu aku terlanggar seseorang. 

"Sorry," ucap aku.

Aku pandang orang yang aku langgar tu dan automatik jantung aku berdegup kencang. Adib? 

"Ima," tegur Adib.

Aku nak melangkah pergi dari situ tapi entah kenapa kaki aku seperti melekat di situ. Adib. Lelaki yang hilangkan diri selepas aku minta putus. Lelaki yang langsung tak berusaha untuk pujuk aku. Lelaki yang dah dua kali buat hati aku berkecai.

"Awak apa khabar?" Soal Adib.

Aku diam.

"Ima..."

"Where have you been? Mana awak pergi selama ni?" Soal aku.

Aku nampak riak wajah Adib berubah. Aku nampak Adib rasa bersalah.

"Ima, let's talk somewhere," ajak Adib.

Adib mula melangkah. Dan aku seperti dipukau hanya mengikut langkah Adib. Aku tahu aku bodoh sebab masih ikut Adib tapi aku perlukan penjelasan. Aku perlu tahu cerita dari belah Adib. Aku tak nak tuduh melulu seperti dahulu. Aku perlu dengar dari mulut Adib sendiri.

* * *

Aku hanya memandang sahaja air aku yang dibeli oleh Adib. Aku tak ada selera nak minum. Aku nak tahu cerita Adib. 

"Ima, saya minta maaf..."

"Cut the crap. Saya nak tahu sebab awak langsung tak pujuk saya. Saya nak tahu kenapa awak langsung tak pertahankan diri awak," potong aku.

"Sebab semua yang awak cakap tu betul. Saya yang sebabkan kemalangan tu. Saya yang rancang kemalangan tu. I am the one who kill her. Saya yang buat Amar menderita," ujar Adib.

Aku diam.

"Tapi saya tak tipu bila saya kata saya cintakan awak. Saya tak tipu bila saya kata awak cinta pertama saya," ujar Adib.

"Tapi kenapa awak tak tahan saya dari pergi? Kenapa awak biarkan saya pergi macamtu je kalau awak betul-betul cintakan saya?" Soal aku.

"Sebab saya tahu awak takkan gembira dengan saya. Awak akan lebih terluka kalau kita teruskan hubungan kita. Saya tak nak awak terluka. Saya tak sanggup jadi penyebab air mata awak menitis lagi," jawab Adib.

Hati aku tiba-tiba sebak. Air mata yang aku tahan pada tadi menitis tetapi cepat-cepat aku lap. Aku tak nak orang lain nampak aku menangis. 

"Saya tahu Amar cintakan awak. Saya boleh nampak Amar betul-betul cintakan awak. Saya yakin dia boleh jaga awak," ujar Adib.

"Tapi saya cintakan awak," balas aku.

Adib gelengkan kepala, "tak, Ima. Awak rasa awak cintakan saya tapi sebenarnya awak tak."

"Siapa awak untuk nilai perasaan saya?" Marah aku.

"Saya boleh rasa. Cinta awak pada saya tak sekuat seperti sebelum saya tinggalkan awak dulu. Mula-mula saya fikir mungkin hati awak masih terluka dengan tindakan saya dulu. Tapi lepas saya nampak awak dengan Amar, barulah saya sedar yang hati awak bukan  untuk saya. Perasaan awak pada saya dah lama pudar. Saya baru sedar bila saya nampak cara awak layan Amar. Awak tak pernah tolak permintaan Amar walaupun awak dengan saya waktu tu," ujar Adib.

"Itu sebab awak yang suruh saya. Dan Amar yang suka ugut nak berhentikan saya," balas aku.

Adib senyum, "saya suruh awak sebab saya boleh nampak dalam mata awak yang awak nak berada dengan Amar. Mungkin Amar ugut awak tapi awak sendiri tahu awak tetap akan pergi walaupun Amar tak ugut awak. Jangan tipu diri awak, Ima. Saya kenal awak. Saya tahu apa maksud pandangan mata awak dekat Amar sebab dulu pandangan itu milik saya," ujar Adib lagi.

Betul ke selama ni aku memang cintakan Amar? Betul ke dakwaan Adib? Kenapa aku tak sedar selama ni? Kenapa?

"Amar dah banyak terluka. Dia dah banyak menderita. Dia berhak untuk bahagia. Dan awak pun dah banyak kali terluka. Awak pun berhak untuk bahagia," ujar Adib.

Mungkin cerita antara aku dan Amar belum tamat lagi. Mungkin cerita antara kami baru nak bermula. Tapi cerita aku dan Adib yang sudah berakhir. Sebenarnya dah lama berakhir cuma aku tak sedar sebab aku masih berpegang pada memori lama. Lalu apa yang harus aku buat?

* * *

Aku dail nombor telefon Amar setelah berulang-ulang kali meyakinkan diri aku yang Amar akan jawab panggilan aku. Tapi ternyata Amar tidak menjawab panggilan aku.

Tak mungkin Amar akan jawab panggilan aku setelah apa yang aku dah lakukan kepada dia. Entah-entah Amar dah block nombor aku. Ye lah, aku dah hancurkan hati dia kut. Aku dah tolak cinta dia. Mesti lah dia sakit hati.

Baru sahaja aku nak letakkan telefon aku atas meja, aku dengar ringtone aku berbunyi. Pantas aku menjawab panggilan tu bila melihat nama Amar.

"Hello boss," sapa aku.

"Hello," balas pemanggil.

Itu bukan suara Amar. Aku yakin tu bukan suara Amar.

"Siapa ni?" Soal aku.

"Memandangkan cik ni berada pada nombor satu speed dial owner telefon ni, saya nak maklumkan owner telefon ni sekarang ada dekat wad," ujar pemanggil itu.

Jantung aku berdegup kencang. Wad? Hospital? Apa yang dah jadi dengan Amar? 

* * *

Aku buka pintu wad yang menempatkan Amar. Aku nampak Amar tengah baring atas katilnya. Riak wajah Amar kelihatan terkejut melihat kehadiran aku. 

"Boss! Apa dah jadi ni?" Soal aku.

Aku mendekati Amar. Wajah Amar penuh dengan handyplast. 

"Apa kau buat dekat sini?" Soal Amar.

Aku sentuh luka pada wajah Amar. Air mata aku jatuh melihat keadaan Amar tu. Aku nampak Amar terkejut melihat air mata aku jatuh.

"Apa yang boss fikir boss buat? Kenapa sakitkan diri boss? Kenapa boss? Kenapa boss sanggup sakitkan diri boss sebab saya? Kenapa boss?" Soal aku.

"Kenapa kau nak risau pasal aku? Biarlah aku lukakan diri aku sepertimana hati aku tengah terluka sekarang. Kau peduli apa?  Dah, pergi," Amar halau aku.

"Boss..."

"Aku kata pergi, pergilah! Kenapa kau sibuk sangat pasal aku?" Jerit Amar.

"Sebab saya cintakan boss," aku turut sama menjerit.

Amar gelak, "cinta? Kau jangan tipu aku lah. Kau sebenarnya kesian dekat aku kan? Pergi! Aku tak perlukan simpati kau."

"Boss..."

"Pergi! Keluar!" Jerit Amar lagi.

Aku pandang Amar. Hati aku rasa sesak sangat sekarang ni. Aku rasa macam hati aku nak meletup sekarang ni.

"Saya tak tipu bila saya kata saya cintakan boss. Saya tak tahu bila perasaan ni wujud tapi percayalah boss, hati saya memang dah lama ada boss cuma saya yang tak sedar. Dan ini semua bukan sebab saya kesiankan boss," ujar aku.

"Kau memang cakap macamtu dekat semua lelaki ke? Tadi dekat Adib, sekarang ni dekat aku pula? Ke Adib dah tolak kau dan sekarang kau rasa kau perlukan aku? Dasar perempuan murahan," marah Amar.

Aku terkejut dengan kata-kata kesat Amar tu. Tanpa menunggu apa-apa lagi, aku terus pusing dan berlari tinggalkan bilik itu. Aku dengar Amar panggil nama aku tapi aku tak nak berhenti. Aku tak nak dengar kata-kata kesat dari Amar lagi. Hati aku sekarang ni dah  meletup.

* * *

Air mata yang aku tahan dari tadi mengalir laju. Air mata aku mengaburi pandangan mata aku. Aku sedih sangat. Aku sedih sebab cinta aku bukan sahaja ditolak mentah-mentah tapi dihina. 

Aku tahu boss marahkan aku tapi untuk menggelar aku perempuan murahan sangat tidak patut. Aku tahu aku lukakan perasaan dia tapi perlu ke dia hukum aku sampai macamni? 

Tiba-tiba aku tertekan brek mengejut oleh kerana aku tiba-tiba ternampak ada kereta di hadapan aku. Disebabkan aku memandu dengan sangat laju tadi, kepala aku terhentak dekat stering dengan kuat. Aku sempat rasa dahi aku keluarkan cecair hangat sebelum dunia aku gelap gelita.



No comments:

Post a Comment