Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Wednesday, November 2, 2016

Enam (2)

Raid

Alamak, assignment aku tak siap lagi. Aduh, macammana aku boleh lupa pasal assignment aku yang satu ni. Serious aku lupa.


"Raid, jumpa saya kejap. Yang lain boleh keluar."


Aduh, matilah aku.


Yang lain semua beredar dari dewan kuliah ni. Tinggallah aku dan pensyarah aku. Aku bangun dari tempat duduk aku dan melangkah ke arah pensyarah aku yang sedang mengemas failnya.


"Dr, saya..."


"Boleh awak siapkan assignment yang saya kasi ni sebelum pukul 5 petang ni?" Soal pensyarah aku.


Sebelum pukul 5? Maknanya aku ada dua jam je lagi. Dan aku masih ada kelas lagi selepas ini. Macammana ni?


"Err dr, saya ada kelas lagi lepasni sebenarnya," ujar aku.


"Ni dah kali ke berapa awak tak hantar assignment?" Soal pensyarah aku tu.


"Baru pertama kali," jawab aku.


"Betul ke ni?" Soal dia lagi.


"Ya," jawab aku yakin.


"Okaylah, sebab ini kali pertama awak, saya bagi awak peluang. Esok sebelum pukul 2 petang, saya nak assignment awak dah ada atas meja saya. Boleh tak?" Pensyarah aku angkat kening.


Aku anggukkan kepala aku. "Boleh dr!"


Pensyarah aku senyum, "okaylah kalau macamtu. Saya balik dulu. Pastikan kerja awak siap ye."


Aku angguk. Pensyarah aku bangun dan melangkah keluar dari dewan tu. Aku hela nafas lega. Fuh, nasib baik pensyarah aku ni baik. Dr Dhia, terima kasih sebab bagi pelajarmu ini peluang!


Eh, aku dah lambat nak pergi kelas seterusnya ni. Baik aku cepat! Dah lah pensyarah subjek lepas ni garang. Karang dia kunci dewan, habis aku.


* * *

Ed

Eh, aku dah lambat ni nak jumpa orang. Dah pukul berapa ni. Ish, ni semua salah klien aku lah. Banyak pula songeh dia. Ei, nak telefon, tak ada bateri pulak telefon ni. Waktu-waktu macamni juga lah, dia nak habis bateri.


Aku terlanggar lagi dengan seseorang. Ei, kenapa dua tiga menjak ni aku asyik langgar orang je?


"Sor..."


Eh. Apa yang aku nampak ni? Tak mungkinlah. Tak mungkin apa yang aku nampak ni betul. Ni semua imaginasi aku kan? Mana boleh orang yang mati hidup balik kan?


"Zara?"


Walaupun aku tahu fakta tu, aku tetap panggil nama tu.


Mia

Mamat ni dah kenapa panggil aku Zara? Zara mana pula? Zara Zya ke apa? Ei, aku dahlah lambat ni, boleh pula langgar orang. Apa memang minggu ni aku akan asyik langgar orang je ke?


"Encik? Oh encik?"


Aku goyangkan tangan aku depan dia. Kenapa dia pandang aku macam dia kenal aku? Aku ni dulu pernah lupa ingatan ke?


"Zara, itu awak ke?"


Sudah. Mamat ni tak betul pula. Muka aku serious tak macam Zara Zya.


"Maaf, encik salah orang ni. Saya minta maaf sebab langgar encik tapi saya kena pergi cepat ni," ujar aku sebelum berlalu tinggalkan lelaki tu.


Ish, sayangnya. Muka handsome tapi otak pula tak betul. Ish ish ish. Apa nak jadi lah dengan dunia sekarang ni?



Dhia

Aku hirup minuman aku yang dah tinggal separuh tu. Ish, tak boleh jadi ni. Dia dah lambat setengah jam. Dah sah sah aku kena tipu ni. Dan kenapa aku masih setia nak tunggu dia? Bukan sekali kot, haritu pun dia cancel juga.


Aku ambil telefon bimbit aku. Tiada pesanan. Aku terus block nombor dia. Ish, aku tak ada masa nak main-main atau dipermainkan. Kenapalah susah sangat nak jumpa lelaki yang berpegang pada janji?


Sebenarnya, aku dah lima kali pergi blind date tapi yang muncul hanyalah dua orang. Yang lain tu hilang macamtu je. Aku tak faham betul apa masalah diorang. Kalau tak nak jumpa, cakap je lah. Tak payah buang masa aku.


"Doktor Dhia?"


Aku pandang ke arah suara itu. Hmm, macam aku pernah jumpa tapi dekat mana ya?


Kening diangkat, "ya?"


"Dr tak ingat saya ke? Saya student dr. Raid, yang tak dapat hantar assignment tu tadi," lelaki tu memperkenalkan dirinya.


Oh. Betullah. Dia ni student aku. Tapi, apa dia buat dekat sini? Dia kerja sini ke?


"Ha, awak kerja sini ke?" Soal aku.


Dia angguk, "demi sesuap nasi. Dr tunggu siapa ni?"


"Tak tunggu sesiapa. Saya saje je duduk duduk tengok orang," aku tipu.


"Wah, betullah orang kata. Gaya hidup orang yang educated dengan yang biasa biasa macam saya ni lain sangat," aku tengok muka dia seperti kagum.


Ha ha. Kalaulah dia tahu yang sebenarnya aku ni kena stood up dengan orang yang aku tak kenal, apa agaknya reaksi dia? Kagum macamni lagi tak?


"Eh, saya ada kerja nak buat. Saya pergi dulu tapi minuman dr ni biar saya yang bayar nanti. Bukan selalu saya jumpa pensyarah saya dekat sini," ujar dia sebelum dia berlalu pergi.


Ramah betul dia ni. Mungkin dia calon yang sesuai untuk aku?


Aku geleng-gelengkan kepala aku.


Biar betul aku ni. Dia pelajar aku kot! Gila ke nak jadikan pelajar sendiri suami aku? Dah confirm confirm dia lagi muda pada aku. Tapi kenapa muka dia nampak macam baya-baya aku je ea? Mungkin dia ada gene tua kot. Hehe.


Nadi

"Siapa tu?" Aku soal Raid yang sedang tersenyum lebar.


"Pensyarah aku. Rasa gembira pula terjumpa pensyarah dekat sini," Raid gelak.


Aku gelengkan kepala. Raid ni, perangai macam budak-budak padahal dia lagi tua pada aku kot. Mungkin sebab dia bergaul dengan budak yang lagi muda pada dia, sebab tu perangai dia macamtu. Whatever.


"Nadi."


Aku pandang ke arah suara wanita yang memanggil aku. Alamak! Apa aku nak buat ni? Macammana dia boleh jumpa aku ni?


"Nadi, is that you? Oh my god. That is you! Apa you buat dekat sini? Eh, why are you wearing that uniform? Jangan cakap dengan I you..."


Aku tarik tangan perempuan tu ke luar kedai. Sampai dekat luar kedai, aku lepaskan tangan dia.


"Kau ni, boleh tak jangan kecoh? Kau nak biar satu kedai ke tahu?" Soal aku.


"You kerja dekat sini? This is so not you, Nadi. What happened? Jom ikut I balik," ujar perempuan tu.


"Then, what am I? Salah ke aku kerja dekat sini?" Soal aku lagi.


"But why? You are so rich that you can even own this place. Jadi kenapa susahkan diri you kerja? Sebagai waitress pulak tu?" Soal dia.


"So? Hina ke kerja sebagai waitress?" Aku angkat kening.


Tiba-tiba dia buat muka terkejut, "oh my god. Don't tell me you kerja sini sebab ..."


"No! That was not the reason I worked here and it will never be the reason. Aku kerja dekat sini sebab aku nak timba pengalaman. So can you stop being childish and leave?" Soal aku.


"Babe, why are you behaving like this? Dahlah I call you, you tak pernah nak jawab. Ni I datang sini, you halau I pula. What did I do to you? You lupa ke, I ni bestfriend forever you?," Soal dia, terasa dengan kata-kata aku.


Aku pandang dia atas bawah, "no, you are not anymore so please leave."


Aku melangkah balik masuk ke dalam restoren. Ada hati dia nak panggil diri dia bff aku lagi bila dia dah buat aku merana? Dia ingat dia siapa? Sedikit pun dia tak tunjuk rasa bersalah lepas dia buat aku macamni. Buat-buat innocent pulak tu. Adoi, sakitnya hati aku.


"Siapa tu?" Soal Raid.


Aku gelengkan kepala, "orang yang pernah aku kenal."


Aku nampak Raid macam nak tanya aku soalan lagi tapi aku buat-buat sibuk. Ah, dari aku fikir macam-macam lebih baik aku buat kerja.


Adib
Telefon bimbit aku berdering lagi. Aku tahu siapa yang telefon aku. Aku kenal sangat. Tapi aku malas nak jawab panggilan tu. Aku tahu berdosa aku buat tak tahu dengan panggilan tu tapi aku... hmm, mungkin aku terlalu ikutkan perasaan?

"Kalau tak nak jawab telefon tu, baik kau silent kan."

Aku pandang ke arah orang yang menegur aku tu. Nadi sedang bersiap-siap untuk pulang. '

"Aku tak tahu lah sebab apa kau marah sangat dengan orang yang telefon kau tu tapi kau pernah dengar tak perkataan 'memaafkan'?" Nadi angkat kening dekat aku.

Aku dengan si Nadi ni tak ada lah rapat mana tapi aku tahu mulut Nadi ni kadang-kadang main lepas je cakap.

"Aku balik dulu lah," ujar Nadi.

Nadi melangkah keluar dari kedai tanpa menunggu aku membalas apa-apa. Hmm. Mungkin betul apa yang dikatakan Nadi. Dah setahun kan perkara ni berlalu? Aku patut maafkan dia kan? Lagipun, berkatkah hidup seorang anak itu jika derhaka dengan ibunya?

No comments:

Post a Comment