Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Tuesday, November 1, 2016

Enam (3)

Adib

Aku tekan loceng rumah tu berulang kali. Aku rasa aku patut buang ego aku dan lupakan segala-galanya.

Pintu rumah terbuka.

"Siapa tu bik datang malam-malam macamni?"

Kelihatan mak aku yang sudah hampir setahun aku tidak bertemu. Aku lihat raut wajah mak aku terkejut melihat aku. Aku terus peluk mak aku.

"Umi, Adib minta maaf. Adib minta maaf sebab derhaka dengan umi. Adib rindu Umi," ujar aku.

Mak aku gelengkan kepala, "tak. Umi yang salah. Umi yang pentingkan diri umi sampai langsung tak fikirkan perasaan Adib."

Aku leraikan pelukan tu. Air mata jantan yang jatuh aku kesat.

"Dah, jom masuk," ajak mak aku.

Aku angguk. Aku melangkah masuk ke dalam rumah yang aku tak jejaki sejak setahun lepas. Ah, bau rumah ini yang aku rindu.

"Bik, buatkan air..."

"Eh, tak payah. Bibik tidurlah dulu. Adib tahu lagi selok belok rumah ni," aku cuba ceriakan suasana.

Aku lihat mak aku tersenyum. Bibik berlalu ke dapur. Tak tahulah dia buat air ke dia masuk bilik dia dan tidur. Aku tak peduli sangat.

"Adib tidur sini kan malamni?" Soal mak aku.

Aku anggukkan kepala, "haah. Adib ambil cuti beberapa hari."

"Boleh ke tinggalkan kerja?" Soal umi.

"Adib kan boss. Lagipun, Nadi ada. Dia boleh tolong uruskan kalau ada apa-apa," jawab aku.

"Bukan ke orang lain tak tahu Nadi tu cousin Adib?" Soal umi.

Aku angguk, "haah tapi kalau ada apa-apa urgent, pandai-pandai la Nadi bagitahu."

"Eh, dah lewat malamni. Adib masuklah tidur dulu. Nanti esok kita sambung borak," ujar umi.

Aku anggukkan kepala aku. Walaupun mata aku tak mengantuk lagi tapi badan aku penat sangat. Dan aku rindu bilik aku. Masihkah sama bilik aku seperti kali terakhir aku berada di situ?

Nadi

Alamak, patutnya aku off day harini tapi si Adib tu ambil cuti pula. Ish, masa aku kerja, tak nak pula dia cuti. Ini masa aku cuti, baru terhegeh-hegeh dia nak cuti.

"Kau bukan off day ke harini?"

Aku pandang Raid yang sedang mengemas meja di sebelah aku. Aku anggukkan kepala.

"Sepatutnya lah. Tapi boss ni pula suruh aku masuk kerja sebab dia nak cuti," ujar aku.

"La, bukan tak ada pekerja lain. Ramai lagi staff ada. Kenapa dia suruh kau masuk kerja juga?" Raid kerut dahi.

Aku angkat bahu, "mana aku tahu."

Diorang ni bukan tahu pun hubungan aku dengan Adib. Aku pun memang tak ada niat langsung nak bagitahu diorang.

"Entah-entah kau ada apa-apa tak dengan boss? Kau makwe boss?" soal Raid.

"Haa banyaklah makwe boss. Kalau aku makwe boss, dah lama aku naik pangkat jadi manager ke apa ke," jawab aku.

"Ye ke ni? Sebelum ni pun aku ada dengar gossip kau dengan boss bercinta," Raid cuba korek rahsia aku.

Aku gelak. Mesti lah diorang ingat aku bercinta. Dah aku selalu berborak dengan Adib, lepastu selalu closing dengan dia. Memang selalu aku jadi orang second terakhir balik.

"Kau ni layan gossip juga kan?" soal aku.

Raid sengih, "so aku ada chance la ni?"

"Chance apa benda pula ni? Kau jangan nak serabutkan kepala otak kau la. Kau belajar dulu sampai grad, cari kerja, lepastu baru berangan nak mengorat awek," perli aku.

Raid gelak, "cis! Aku kena reject depan-depan."

Aku gelak. Kemudian, aku berlalu pergi ke dapur hantar pinggan kotor. Raid ni memang, gatal dia boleh tahan juga. Tapi gatal-gatal macamtu je lah. Aku rasa dia pun tak nak serabutkan otak dia dengan cinta ni.

Dhia

Aku duduk di sebelah Mia yang tengah tersengih seperti kerang busuk menghadap televisyen. Entah rancangan variety show Korea apa yang dia tengok, aku pun tak tahu.

"Mia," panggil aku.

"Apa?" soal Mia tanpa memandang aku.

"Kau rasa aku ni memang takkan dapat cari jodoh ke?" soal aku

Mia pandang aku, "mungkin belum sampai masanya."

"Aku kena terima ke pilihan mak aku?" soal aku lagi.

"Apa beza kau terima pilihan mak kau dengan kau cari sendiri jodoh melalui blind date kau ni?" soal Mia.

"Kau tahu tak lelaki baya aku kat kampung aku ada sorang je? Dan dia lah lelaki paling annoying yang pernah aku jumpa. Dan aku tak sanggup nak kahwin dengan dia," luah aku.

"Macammana kalau blind date kau tu pun dua kali lima je?" soal Mia.

Aku diam. Betul juga kan. Kenapa aku tak pernah terfikir pasal tu?

"Macamnilah, aku cadangkan kau pergi one last blind date. Kalau dia bukan untuk kau, aku cadangkan kau terima je lah lelaki kampung tu," cadang Mia.

Telefon aku bergetar tanda ada mesej. Aku tengok skrin telefon aku. Mesej daripada salah seorang calon suami aku.

Okay, ini blind date aku yang terakhir. Sama ada dia atau lelaki kampung tu. That's it!

Raid

Eh, pensyarah aku ni suka betul minum dekat sini. Tapi kalini dia nampak macam tengah tunggu seseorang je. Aku melangkah ke arah meja dia.

"Hai dr Dhia," sapa aku.

"Eh, Radi," balas dia.

"Raid la dr," aku betulkan nama aku.

"Haa Raid. Maaflah, saya ni susah sikit nak ingat nama orang," ujar Dhia.

"Tak apa. Saya faham. Lagipun beratus lagi student dr," ujar aku.

"Awak setiap hari ke kerja sini?" soal dia.

Aku anggukkan kepala, "lepas habis kelas, selalunya saya datang sini. Al-maklumlah nak cari duit poket nak belanja."

"Awak tak minta bantuan kewangan ke?" soal dia.

Aku gelengkan kepala, "malas la dr. Dah tua-tua ni, malas nak buat pinjaman."

"Tua? Umur awak berapa sebenarnya?" soal dia.

"Umur saya lebih kurang dengan dr je. Dah tua dah, dr. Dulu muda-muda tak ada kesedaran nak belajar. Sekarang ni dah tua, barulah terdetik nak belajar," jawab aku.

Aku nampak dia anggukkan kepala dia. Muka aku nampak muda ke sampai dia tak boleh cam aku ni sebenarnya dah berusia? Ha ha. Muka awet muda kah aku?

Ed

Aku melangkah ke arah sebuah kafe. Dah dua kali aku batalkan temujanji dengan perempuan ni, aku tak sangka pula dia masih nak jumpa aku. Mungkin dia begitu terdesak nak cari jodoh.

Aku cari wanita bertudung hijau. Kelihatan seorang wanita sedang berbual dengan pelayan di situ. Aku melangkah ke arah wanita tu.

"Assalamuaikum. Dhia ke?" soal aku.

"Waalaikumusalam. Ya, saya. Encik Ed ke?" soal dia pula.

Aku duduk di kerusi berhadapan dengan dia.

"Dah pesan ke?" soal aku.

Dia gelengkan kepala.

"Awak nak minum apa?" soal aku.

"Raid, saya nak teh o ais," dia pesan terus dekat pelayan tu.

Oh, mungkin dia kenal dengan pelayan ni. Mungkin dia selalu datang kedai ni.

"Milo ais satu. Nak makan tak?" soal aku lagi.

Dia gelengkan kepalanya. Aku pandang pelayan itu dan isyaratkan dah sudah. Pelayan itu angguk dan melangkah pergi dari meja aku.

"So mula-mula, saya nak minta maaf dekat awak sebab batalkan dua temujanji kita yang lepas. Mesti awak ingat saya ni tak tepati janji kan?" aku angkat kening.

"Tak apa lah. Awak cakap awak ada hal kan? Saya faham," jawab dia.

Aduh. Baiknya perempuan ni. Dahlah cantik, baik pula tu. Kenapalah dia terdesak nak cari jodoh ni?

"Awak kenal ke dengan pelayan tadi?" soal aku, ubah topik.

Dia anggukkan kepalanya, "haah. Dia student saya."

"Awak pensyarah ke?" soal aku lagi.

Dia anggukkan kepalanya. Minuman kami sampai. Aku sedut minuman aku sedikit.

"Awak kerja apa?" soal dia.

"Saya kerja pejabat je," jawab aku.

Keadaan sepi untuk beberapa saat. Aku tak tahu apa yang dia fikirkan. Mungkin dia rasa aku tak layak untuk dia. Ye lah, dia pensyarah mesti ada pangkat dr. Aku ni siapa je?

"Saya ada offer untuk awak," ujar dia tiba-tiba.

Aku kerut dahi pandang dia. "Offer?"

"Sudi tak awak ikut saya balik kampung dan jumpa mak ayah saya?" soal dia.

Ha? Apa? Kenal pun tidak, kenapa tiba-tiba ajak balik kampung? Apa sebenarnya yang dia nak?

"Tak. Saya bukan nak kahwin dengan awak. Macamni, mak saya suruh saya bawa balik calon suami dalam masa empat bulan ni, kalau tidak dia akan kahwinkan saya dengan pilihan dia. Jadi, boleh tak awak berlakon jadi calon suami saya?" soal dia.

Aku pandang dia tak berkelip. Apa sebenarnya yang berlaku? Aku dilamar ke?

"Tak apa lah kalau awak tak nak. Saya..."

"Siapa cakap saya tak nak?" soal aku.

Aku nampak mata dia bercahaya. Cahaya penuh harapan. Mungkin dah sampai masanya aku teruskan kehidupan aku. Dan, wanita di hadapan aku ni nampak macam naif. Macammana kalau dia jumpa lelaki yang salah dan buat tawaran yang sama?

"Jadi awak setuju la?" soal dia.

Aku angguk, "kita jumpa mak ayah awak je kan? Bukan kita nak kena kahwin terus kan?"

"Haah. Jumpa je. Ya Allah, terima kasih sebab setuju," ujar dia.

Aku senyum. Apa salahnya kan kalau aku setuju? Lagipun, mungkin dia memang jodoh aku? Aku pun dah 30-an. Dah patut kahwin dah. Takkan aku nak berpegang pada cinta lama aku selamanya kan?

Mia

Penat betul kerja harini. Haih, bila lah nak jumpa lelaki kaya? Tak ada lah susah-susah nak kena kerja macamni. Boleh duduk rumah goyang kaki je.

Tiba-tiba kereta aku terlanggar sesuatu. Alamak! Aduh, ini semua sebab aku lah fikir benda jahat. Aku cepat-cepat tarik handbrake aku dan keluar dari kereta. Kereta di hadapan aku pun sama turut keluar.

"Saya..."

Eh, tu bukan jiran lama aku ke? Alamak, habislah duit aku. Kereta Audi tu dia pakai!

"Macammana awak drive ni?" soal dia.

Alamak, kerek betullah dia ni. Ish, nasib baik memang salah aku.

"Saya minta maaf. Saya minta maaf sangat-sangat," ucap aku.

Dia gelengkan kepala dia. Aku cepat-cepat keluarkan kad nama aku dan beri pada dia.

"Ni kad nama saya. Encik hantar kereta encik dekat bengkel, lepastu hantar resit dia dekat saya. Nanti saya bayarkan," ujar aku.

"Ni bukan masalah duit. Masalahnya sekarang, awak reti drive tak?" soal dia.

Alamak! Apa lagi dia nak ni? Kan aku dah minta maaf.

"Maaf encik. Otak saya tadi menerawang ke tempat lain. Ini memang salah saya," ujar aku.

Telefon bimbit dia berbunyi. Dia jawab panggilan tu dan kemudian terus masuk dalam kereta dia dan memandu pergi dari situ. Tinggallah aku terpinga-pinga dekat situ pandang kereta dia yang meluncur laju pergi dari aku dengan tangan aku yang masih memegang kad nama aku.


No comments:

Post a Comment